Ibadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6025547 pada 07:40, 12 November 2023 oleh Johannnes89 (bincang | sumb.) (Membalikkan suntingan oleh Omán TV del Sultanato pacifico della setta eretica IBADITA dell' Omán non kharigita (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh InternetArchiveBot)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Ibadi atau Ibāḍiyya (Arab: الاباضية; al-Ibāḍiyyah) adalah golongan Muslim yang bersumber pada al-Quran dan hadis dengan fokus utama menjadi hamba Allah dengan sederhana. Golongan ini tersebar di kalangan golongan umat Islam baik Ahlus Sunnah mahupun Syi'ah dengan berbagai-bagai mahzabnya. Golongan ini merupakan mazhab yang majoriti di Oman.[1] Keyakinan kaum Ibadi adalah bahawa setiap Muslim bersaudara dan hanya Allah yang akan menjadi hakim bagi umat manusia.

Kaum Ibadi mementingkan ukhuwah Islamiyyah daripada bermusuh-musuhan hanya kerana berbeza mahzab atau keyakinan. Cukuplah keyakinan mereka mengharapkan disebut hamba-hamba Allah yang dipanggil untuk masuk ke dalam syurga-Nya.

Asal-usul

[sunting | sunting sumber]

Golongan ini mendapat namanya daripada Abdullah ibn Ibad daripada Bani Tamim. Bagaimanapun, pengasasnya ialah Jabir ibn Zayd dari Nizwa, Oman. Ia dikatakan diasaskan kira-kira 60 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

  1. ^ Rose Aslan (16 Ogos 2012). "Overcoming sectarian divides among Muslims". Huffington Post. HarakahDaily/en. Dicapai pada 13 Mac 2014.[pautan mati kekal]